Restoran nasi kandar

Nasi kandar adalah satu hidangan yang populer di utara Malaysia, berasal dari Pulau Pinang. Nasi dikukus biasa saja atau ditambah bermacam perasa, dan disajikan dengan bermacam lauk pauk seperti kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, dulu penjajah nasi ini menjinjing (mengandar) dagangannya di tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu kekal hingga hari ini, tetapi pedagang nasi kandar itu tidak lagi di jinjing. Sekarang, perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan dikedai makanan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

Ada juga hidangan sayur biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu piring. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari selalunya dicurahkan terus keatas nasi.

Kini tidak di utara saja restoran nasi kandar ini ditemui, sampai ke selatan pun ada. Nah itu tadi sakin larisnya, terkadang gerai penjual nasi kandar ini kurang menjaga kebersihan nya. Terkadang mereka meletakkan sampah berdekatan langsung dengan makanan yang baru di goreng misalnya.

Baru baru ini tidak kurang ada 15 restoran ditutup oleh pihak berwenang di utara Malaysia tepatnya di daerah kepala Batas, Pulau Pinang.




KEPALA BATAS 26 Feb. – Sebanyak 15 restoran nasi kandar di negeri ini diarah tutup selain dikenakan tujuh notis kompaun bernilai RM6,100 kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan meloyakan.
Ketua Unit Penguatkuasaan Kesihatan negeri, Ahmad Shukri Bakar berkata, daripada jumlah itu, enam buah premis terletak di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (dua), daerah timur laut (tiga) dan empat di daerah barat daya.
Beliau berkata, dalam operasi empat jam bermula pukul 9.30 pagi ini, dua restoran nasi kandar di pekan Kepala Batas diarah tutup dua minggu ekoran bahagian dapur yang kotor dan meloyakan.
“Dalam pemeriksaan itu kita mendapati lantai dapur premis yang basah, bekas berisi daging ayam di­letakkan di atas lantai dan kesan-kesan najis tikus di bahagian dapur premis biarpun resoran itu dipenuhi pengunjung untuk bersarapan.
“Selain itu, didapati kebersihan bahan mentah dan siling di bahagian dapur tidak memuaskan serta ada pekerja yang tidak mendapatkan suntikan, pakaian pengendali makanan tidak bersih, tong sampah yang tidak ditutup dan makanan terdedah serta tidak memakai kasut bertutup dan apron kotor,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya mengesan sebanyak lapan kesalahan utama mengikut Peraturan 11 Akta Makanan 1983 yang memaksa pihaknya mengeluarkan notis kepada pengusaha restoran terbabit.
Menurut beliau, pengusaha res­toran terbabit sepatutnya mengambil kira faktor kebersihan dan tidak memandang remeh soal membabitkan kesihatan pelanggan.
Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika ingin membuat aduan tentang premis makanan yang kotor di ne­geri ini.­
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/15-restoran-nasi-kandar-ditutup-1.64229#sthash.mOLiCV18.dpuf



Sebanyak 15 restoran nasi kandar di negeri ini diarah tutup selain dikenakan tujuh notis kompaun bernilai RM6,100 kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan meloyakan.
Ketua Unit Penguatkuasaan Kesihatan negeri, Ahmad Shukri Bakar berkata, daripada jumlah itu, enam buah premis terletak di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (dua), daerah timur laut (tiga) dan empat di daerah barat daya.
Beliau berkata, dalam operasi empat jam bermula pukul 9.30 pagi ini, dua restoran nasi kandar di pekan Kepala Batas diarah tutup dua minggu ekoran bahagian dapur yang kotor dan meloyakan.
“Dalam pemeriksaan itu kita mendapati lantai dapur premis yang basah, bekas berisi daging ayam di­letakkan di atas lantai dan kesan-kesan najis tikus di bahagian dapur premis biarpun resoran itu dipenuhi pengunjung untuk bersarapan.
“Selain itu, didapati kebersihan bahan mentah dan siling di bahagian dapur tidak memuaskan serta ada pekerja yang tidak mendapatkan suntikan, pakaian pengendali makanan tidak bersih, tong sampah yang tidak ditutup dan makanan terdedah serta tidak memakai kasut bertutup dan apron kotor,” katanya di sini hari ini.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya mengesan sebanyak lapan kesalahan utama mengikut Peraturan 11 Akta Makanan 1983 yang memaksa pihaknya mengeluarkan notis kepada pengusaha restoran terbabit.
Menurut beliau, pengusaha res­toran terbabit sepatutnya mengambil kira faktor kebersihan dan tidak memandang remeh soal membabitkan kesihatan pelanggan.
Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika ingin membuat aduan tentang premis makanan yang kotor di ne­geri ini.­
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/15-restoran-nasi-kandar-ditutup-1.64229#sthash.mOLiCV18.dpuf

15 restoran nasi kandar ditutup
15 restoran nasi kandar ditutup

Advertisement

0 Response to "Restoran nasi kandar "

Post a Comment