Datuk Azharuddin Abdul Rahman |
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."
"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. -
sumber : Bernama
Advertisement
0 Response to " Pemerintah Malaysia menyatakan: MH370 diisytihar kemalangan"
Post a Comment