"Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang Malaysia

ROMPIN MALAYSIA – Sewaktu mata seluruh dunia tertuju ke Arab Saudi, negeri yang di klaim oleh sebagian masyarakat muslim terutama di Asia Tenggara sebagai wahabi. Terhenyak,  entah apa yang ada di benak mereka, melihat pemakaman dan makam seorang Raja, terkaya di Dunia, demikian sangat sederhana. Dua keping papan tanda dan timbunan batu krikil diatas makamnya.

Terbukalah mata mereka sehingga seorang teman saya Kamal Hisam Jaafar menulis   Marilah bertaubat bersama sama agar selamat di kubur dan akhirat dan agar makam tidak diludahi oleh rakyat dan generasi akan datang.

 Sungguh hebat efek nya, tengoklah ke China, ratusan warga yang tak mengenal Tuhan disana, mengucapkan syahadat bersama-sama.

Bagaimana dengan kita?

"Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar... itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

"Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai," jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa... cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal. Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini. Sehubungan itu, ia tidak mengapa..." jelasnya.

Menjadi perhatian kita bersama. 

Advertisement

0 Response to ""Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang Malaysia"

Post a Comment